Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 2/2019 Pi Daro
29 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniTarikh : 28 Julai 2019
Masa : 9.00am – 4.00pm (2 Sesi)
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Daro
VIP : Tiada
Jumlah Kehadiran : 58 orang
Pusat Internet Daro sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menganjurkan kursus yang dinamakan Kursus Latihan Pengendalian Makanan siri 2/2019 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro. Kursus kali ini dilangsungkan pada 28 Julai 2019 juga telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang, bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12 tengahari untuk sesi sebelah pagi dan pada pukul 1.00 petang sehingga pukul 4 petang untuk sesi sebelah petang. Sambutan yang begitu menggalakkan daripada para usahawan sekitar daerah Daro dan Matu ini yakni dengan penyertaan seramai 58 orang usahawan Matu dan Daro yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan:
1. Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
2. Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
3. Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
4. Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PI Daro turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan vodeo KDB dan Advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: